Oleh hashikin · 27/02/2026 · 1 paparan
PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN (POK) KE ATAS PREMIS KILANG PADI DI PULAU PINANG 10 Februari 2026 | Pulau Pinang – Susulan aduan awam yang diterima, pasukan penguat kuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang melalui Unit Seberang Perai Selatan telah menjalankan siasatan dan pemeriksaan di sebuah premis kilang padi di negeri ini. Hasil siasatan mendapati sistem kawalan pencemaran udara di premis berkenaan gagal berfungsi dengan baik, sehingga menyebabkan pelepasan asap hitam melebihi had yang dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014. Sehubungan itu, tindakan serta-merta Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) telah dikenakan di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi menghentikan punca pencemaran. Operasi kelengkapan tersebut hanya dibenarkan beroperasi semula setelah pihak premis melaksanakan langkah-langkah pembaikan dan mematuhi sepenuhnya keperluan yang ditetapkan oleh JAS. JAS ingin menegaskan bahawa pihak jabatan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi peraturan alam sekitar. Tindakan penguatkuasaan akan terus dipergiatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan kesejahteraan alam sekitar dan kesihatan awam sentiasa terpelihara. Orang ramai digalakkan untuk menyalurkan sebarang aduan berkaitan pencemaran alam sekitar melalui talian bebas tol 1-800-88-2727, e-mel ke [email protected] atau melalui portal e-Aduan di https://eaduan.doe.gov.my. #NRES #jabatanalamsekitar #jaspulaupinang #alamsekitartanggungjawabbersama
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup