Koleksi Gambar

SIASATAN KES ADUAN TUMPAHAN MINYAK DI JETI PRAI BULK CARGO TERMINAL (PBCT), PERAI, PULAU PINANG

Oleh hashikin · 27/02/2026 · 4 paparan

SIASATAN KES ADUAN TUMPAHAN MINYAK DI JETI PRAI BULK CARGO TERMINAL (PBCT), PERAI, PULAU PINANG 23 FEBRUARI 2026, PERAI – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang telah menerima aduan berhubung kejadian tumpahan sisa minyak di kawasan Jeti Prai Bulk Cargo Terminal (PBCT), Penang Port, Perai, Pulau Pinang pada 23 Februari 2026 jam 8.30 pagi. Hasil siasatan oleh pasukan penguat kuasa JAS Pulau Pinang pada hari yang sama jam 9.50 pagi mendapati kebocoran berpunca daripada saluran paip yang digunakan bagi menyalurkan minyak dari kapal ke terminal. Tumpahan berlaku di kawasan dermaga luar (outer berth) dan sebahagiannya telah memasuki perairan berhampiran. Kuantiti tumpahan dianggarkan sebanyak 580 liter. Notis Arahan telah dikeluarkan kepada operator terminal bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan dengan serta-merta. Kerja-kerja pembersihan telah dijalankan oleh pasukan operator terminal. Adalah diingatkan bahawa pelepasan minyak tanpa lesen ke dalam perairan Malaysia merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, dan tindakan undang-undang boleh diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab. Jabatan Alam Sekitar sentiasa komited dalam melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan bagi mengawal pencemaran marin. Orang awam diseru untuk menyalurkan maklumat melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 dan melalui portal e-Aduan JAS di http://eaduan.doe.gov.my.

Penganjur
Jabatan Alam Sekitar
Lokasi
Perai
Fail / Media (7)
  • 20262702105156937.jpg .jpg Buka
  • 20262702105212437.jpg .jpg Buka
  • 20262702105241862.jpg .jpg Buka
  • 20262702105253954.jpg .jpg Buka
  • 20262702105308648.jpg .jpg Buka
  • 20262702105326503.jpg .jpg Buka
  • 20262702105356223.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS