Penerangan
24 Februari 2026, Selasa – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah mengambil tindakan susulan berhubung aduan orang awam mengenai gangguan bunyi bising daripada perkhidmatan Light Rail Transit (LRT). Siasatan telah dilaksanakan di kediaman pengadu yang terletak di kawasan KL Sentral, Kuala Lumpur.
Pihak industri diingatkan agar sentiasa mematuhi peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta peraturan-peraturan berkaitan bagi memastikan tiada sebarang pencemaran alam sekitar berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswpkl
#alamsekitartangggungjawabbersama