Penerangan
9 FEBRUARI 2026, ISNIN – Jabatan Alam Sekitar WPKL telah dijemput menghadiri sesi Meet & Greet eksklusif bersama CEO baharu MRANTI Corporation Sdn Bhd di Auditorium Hive 5, Taman Teknologi MRANTI. Sesi ini dianjurkan sebagai platform komunikasi terus antara pengurusan tertinggi MRANTI bersama rakan strategik dan penyewa di dalam ekosistem MRANTI Park.
Dalam pertemuan tersebut, CEO MRANTI telah berkongsi hala tuju dan perancangan masa hadapan (pipeline) bagi memperkasakan lagi kemudahan di Taman Teknologi tersebut. JAS WPKL turut mengambil peluang untuk menyatakan komitmen dalam menyokong inovasi hijau dan memastikan setiap gerak kerja teknologi di dalam ekosistem ini sentiasa mematuhi standard alam sekitar yang ditetapkan.
Usaha murni ini diharapkan menjadi pemangkin kepada pelestarian alam sekitar yang lebih mampan, di samping memperkukuhkan peranan sesebuah institusi sebagai pusat penggerak kesejahteraan masyarakat dan alam sekitar secara menyeluruh.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswpkl
#alamsekitartangggungjawabbersama