PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPERASI BUNYI BISING KENDERAAN MOTOSIKAL

JAS WP KUALA LUMPUR 27/02/2026 4 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI BUNYI BISING KENDERAAN MOTOSIKAL
Tahun
2026
Organisasi
JAS WPKL
Lokasi
Jalan Ipoh, Kuala Lumpur

Penerangan

6 FEBRUARI 2026, JUMAAT – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah menjalankan Operasi Bunyi Bising Kenderaan Motosikal bersama dengan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT KL), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Tiga puluh tiga (33) pegawai penguatkuasa terlibat dalam operasi ini, termasuk lapan (8) anggota JAS WPKL, sepuluh (10) anggota trafik, tujuh (7) anggota AADK dan tujuh (7) anggota JPJ. Fokus utama operasi penguatkuasaan adalah pelepasan bunyi daripada kenderaan bermotor, terutamanya motosikal. Sepanjang tempoh operasi, JAS WPKL telah menjalankan 180 ujian visual dan 9 ujian bunyi bising kenderaan. Hasil pemeriksaan ini menghasilkan dua Notis Arahan di bawah Seksyen 48A dan dua kompaun kepada pemilik kenderaan yang gagal mematuhi piawaian yang ditetapkan. Orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 2024) dan Peraturan-peraturan di bawahnya. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswpkl #alamsekitartangggungjawabbersama #opsgerakkebangsaan