PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

KES KEBAKARAN PREMIS BERASASKAN GETAH – PENGARAH JAS JOHOR TURUN PADANG

JAS JOHOR 26/02/2026 24 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KES KEBAKARAN PREMIS BERASASKAN GETAH – PENGARAH JAS JOHOR TURUN PADANG
Tahun
2026
Organisasi
JAS JOHOR
Lokasi
KULAI

Penerangan

25 Februari 2026, Sengkang, Kulai - Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor, Dr Mohd Famey bin Yusoff, bersama Timbalan Pengarah Kanan, Tn. Mohd Rashdan bin Topa, telah membuat tinjauan ke lokasi kebakaran sebuah kilang memproses getah serta gudang di Kawasan Perindustrian Sengkang, Kulai, Johor. Turut hadir pada awal pagi ialah Pegawai Daerah Kulai, Encik Fizwan bin Dato’ Haji Mohd Rashidi bagi meninjau situasi semasa di lokasi kejadian. Pengarah turut meneliti pemasangan tiga (3) alat pengawasan kualiti udara di dua (2) buah sekolah berhampiran bagi mengukur serta mengenal pasti tahap kualiti udara dan kehadiran gas yang mungkin melebihi had dibenarkan. Pemantauan kualiti air sungai juga telah dilaksanakan, di samping siasatan awal terhadap pengoperasian premis terlibat. Memasuki hari kedua operasi pemadaman, tindakan diketuai oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melalui Balai Bomba dan Penyelamat Kulai dengan bantuan beberapa balai lain, sokongan teknikal pasukan HAZMAT serta kerjasama Majlis Perbandaran Kulai (MPKu). Secara keseluruhan, kualiti udara di kawasan sekitar didapati berada pada tahap tidak membimbangkan dan tiada bahan pencemar berbahaya dikesan setakat ini. Walau bagaimanapun, pemantauan berterusan masih dilaksanakan oleh pihak Jabatan bagi memastikan keselamatan orang awam sentiasa terpelihara.