PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

KILANG SAWIT GAGAL MENYELENGGARA KOLAM DAN FURROW, PREMIS DIKENAKAN TINDAKAN PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN (POK)

JAS JOHOR 26/02/2026 7 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KILANG SAWIT GAGAL MENYELENGGARA KOLAM DAN FURROW, PREMIS DIKENAKAN TINDAKAN PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN (POK)
Tahun
2026
Organisasi
JAS JOHOR
Lokasi
PONTIAN

Penerangan

25 FEBRUARI 2026, PEKAN NENAS, PONTIAN - Pasukan penguatkuasa Unit Penguatkuasaan Industri (JB Barat) telah menjalankan pemeriksaan keatas sebuah kilang kelapa sawit. Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38a(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dikenakan kepada empat (4) unit sterilizer mesin pemprosesan buah sawit diatas kegagalan mematuhi syarat lesen. Terdapat limpahan daripada dua (2) kolam menyebabkan pencairan dan sistem furrow yang melimpah keatas tanah. Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam.