PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN PREMIS BERASASKAN KAYU

JAS JOHOR 26/02/2026 5 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN PREMIS BERASASKAN KAYU
Tahun
2026
Organisasi
JAS JOHOR
Lokasi
JOHOR BAHRU

Penerangan

24 Februari 2026, Johor Bahru – Susulan aduan awam, pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor (Unit JB Tengah) telah menjalankan siasatan dan melaksanakan tindakan tegas ke atas sebuah premis pembuatan kayu. Siasatan di lapangan mendapati komponen sistem kawalan pencemaran udara gagal berfungsi dengan baik sehingga menyebabkan berlakunya pelepasan habuk kayu. Tindakan serta merta Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) telah dikenakan di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi menghentikan punca pencemaran sehingga pihak industri melaksanakan langkah penambahbaikan yang sewajarnya.