PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar

OPERASI BERSEPADU JABATAN ALAM SEKITAR PULAU PINANG BERSAMA AGENSI PENGUATKUASA SEMPENA TAHUN BARU CINA 2026

JAS PULAU PINANG 26/02/2026 3 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI BERSEPADU JABATAN ALAM SEKITAR PULAU PINANG BERSAMA AGENSI PENGUATKUASA SEMPENA TAHUN BARU CINA 2026
Tahun
2026
Organisasi
abatan Alam Sekitar Pulau Pinang (JAS PP)
Lokasi
PULAU PINANG

Penerangan

OPERASI BERSEPADU JABATAN ALAM SEKITAR PULAU PINANG BERSAMA AGENSI PENGUATKUASA SEMPENA TAHUN BARU CINA 2026 14 FEB 2026, PULAU PINANG – Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang (JAS PP) telah menjalankan Operasi Bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bertempat di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang. Sembilan (9) orang pegawai JAS Pulau Pinang terlibat dengan Operasi Penguatkuasaan ke atas Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Melalui operasi ini, JAS Pulau Pinang telah menjalankan sebanyak 52 ujian visual dan 18 ujian meter bunyi bising ke atas motosikal yang terlibat. Sebanyak sebelas (11) Notis Arahan di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 serta sebelas (11) kompaun telah dikeluarkan di bawah Peraturan 4 (1), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987, di bawah akta yang sama. Orang ramai diingatkan supaya sentiasa memastikan kenderaan berada dalam keadaan yang baik dan mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987. #NRES #jabatanalamsekitar #jaspulaupinang #alamsekitartangggungjawabbersamapppp