PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

LAPORAN LAWATAN KOLABORASI PENGURUSAN E-WASTE BERSAMA INSTITUSI MASJID 2.0 SEMPENA PROGRAM GEMA LESTARI RAMADAN 1447H

JAS WP KUALA LUMPUR 26/02/2026 4 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN LAWATAN KOLABORASI PENGURUSAN E-WASTE BERSAMA INSTITUSI MASJID 2.0 SEMPENA PROGRAM GEMA LESTARI RAMADAN 1447H
Tahun
2026
Organisasi
JAS WPKL
Lokasi
Kuala Lumpur

Penerangan

6 FEBRUARI 2026, RABU – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah mengadakan siri lawatan semula ke tiga lokasi iaitu Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, dan Masjid Usamah Bin Zaid. Lawatan ini adalah susulan daripada lawatan yang pertama dan kata sepakat bagi dua pihak untuk menjalankan program ini. Program pengumpulan e-waste ini akan diadakan sepanjang bulan Ramadan, bermula pada 19 Februari hingga 15 Mac 2026. Inisiatif ini dilaksanakan tanpa melibatkan sebarang perbelanjaan daripada pihak masjid. Selain itu, semua hasil kutipan daripada pengumpulan e-waste tersebut akan disalurkan sepenuhnya ke tabung masjid berkenaan. Pendekatan ini bukan sahaja memudahkan komuniti melupuskan barangan terpakai, malah membuka ruang kepada mereka untuk beramal sambil memelihara alam sekitar. Menerusi pelaksanaan program ini, JAS WPKL menyasarkan untuk menyemai amalan kitar semula serta mempertingkatkan kesedaran tentang tanggungjawab sosial dalam kalangan komuniti setempat. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswpkl #alamsekitartanggungjawabbersama