PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

LAPORAN LAWATAN KOLABORASI PENGURUSAN E-WASTE BERSAMA INSTITUSI MASJID 1.0 SEMPENA PROGRAM GEMA LESTARI RAMADAN 1447H

JAS WP KUALA LUMPUR 26/02/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN LAWATAN KOLABORASI PENGURUSAN E-WASTE BERSAMA INSTITUSI MASJID 1.0 SEMPENA PROGRAM GEMA LESTARI RAMADAN 1447H
Tahun
2026
Organisasi
JAS WPKL
Lokasi
Kuala Lumpur

Penerangan

4 FEBRUARI 2026, RABU – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah mengadakan siri lawatan perbincangan ke tiga lokasi iaitu Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, dan Masjid Usamah Bin Zaid. Lawatan ini bertujuan untuk menjalinkan kolaborasi strategik dalam pengurusan bahan buangan elektrik dan elektronik (e-waste). Melalui kerjasama ini, pihak masjid bersetuju untuk menyediakan ruang bagi penempatan jumbo bag yang akan dibekalkan oleh Premis Yang Ditetapkan (PYDT) berlesen di bawah JAS WPKL bagi memudahkan penduduk setempat melupuskan barangan e-waste mereka secara sistematik. Program pengumpulan e-waste ini dijadualkan berlangsung sepanjang bulan Ramadan, bermula dari 19 Februari sehingga 15 Mac 2026. Menariknya, inisiatif ini tidak melibatkan sebarang kos daripada pihak masjid. Sebagai nilai tambah, hasil daripada pengumpulan e-waste tersebut akan disumbangkan sepenuhnya kepada tabung masjid berkenaan. Pendekatan ini bukan sahaja mempermudahkan komuniti melupuskan barangan lama, malah memberi peluang kepada mereka untuk beramal sambil menjaga alam sekitar. Melalui pelaksanaan program ini, JAS WPKL berharap dapat memupuk budaya kitar semula dan meningkatkan kesedaran mengenai tanggungjawab sosial dalam kalangan komuniti setempat. Usaha murni ini diharapkan menjadi pemangkin kepada pelestarian alam sekitar yang lebih mampan, di samping memperkukuhkan peranan institusi masjid sebagai pusat penggerak kesejahteraan masyarakat dan alam sekitar secara menyeluruh. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswpkl #alamsekitartanggungjawabbersama