Oleh carolhumairah · 25/02/2026 · 1 paparan
6-8 FEBRUARI 2026, JUMAAT - AHAD – Unit Local Action 21 Kuala Lumpur (LA21KL), Jabatan Perancangan Bandaraya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menganjurkan Bengkel Penyelarasan dan Pemantapan Program Sekolah Mampan Kuala Lumpur 2026 dan Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) dijemput sebagai salah satu Ahli Jawatankuasa LA21KL. Program yang berlangsung selama tiga hari ini telah diadakan di Imperial Heritage Gourmet & Boutique Hotel, Melaka. ?Bengkel ini diadakan bagi menyelaras dan memantapkan pelaksanaan Program Sekolah Mampan Kuala Lumpur 2026 melalui penyeragaman proses penarafan, penetapan sekolah untuk lawatan penilaian serta penyediaan latihan kepada para penilai agar penilaian dapat dilaksanakan secara profesional dan berintegriti. Selain itu, ia turut berfungsi sebagai platform perancangan dan penyelarasan aktiviti sokongan bagi membantu sekolah melaksanakan pelbagai program dan inisiatif kelestarian di peringkat sekolah, DBKL dan kebangsaan. ?Tujuan utama bengkel ini adalah untuk memastikan pelaksanaan Program Sekolah Mampan 2026 LA21KL dijalankan secara lebih sistematik, mampan dan berimpak tinggi. Sesi ini turut melibatkan perbincangan mendalam mengenai hala tuju program bagi tahun 2026 sehingga 2029. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswpkl #alamsekitartanggungjawabbersama
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup