PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPERASI BUNYI BISING (PATUH UNDANG-UNDANG JALAN RAYA)

JAS WP KUALA LUMPUR 25/02/2026 2 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI BUNYI BISING (PATUH UNDANG-UNDANG JALAN RAYA)
Tahun
2026
Organisasi
JAS WPKL
Lokasi
KUALA LUMPUR

Penerangan

14 FEBRUARI 2026, SABTU – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah menjalankan Operasi Bunyi Bising (Patuh Undang-undang Jalan Raya) bersama dengan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT KL), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Operasi ini melibatkan seramai tiga puluh tiga (33) orang pegawai penguatkuasa yang terdiri daripada tujuh (7) orang anggota JAS WPKL, sepuluh (10) orang anggota trafik, tujuh (7) orang anggota AADK dan tujuh (7) orang anggota JPJ. Operasi penguatkuasaan yang dijalankan memberi fokus kepada pelepasan bunyi daripada kenderaan bermotor, khususnya melibatkan kenderaan enjin diesel dan petrol. Sepanjang pelaksanaan operasi, JAS WPKL telah menjalankan sebanyak seratus (100) ujian visual dan lima belas (15) ujian bunyi bising kenderaan.Hasil pemeriksaan tersebut sebanyak dua belas (12) Notis Arahan dikeluarkan dibawah Seksyen 48A dan dua belas (12) kompaun kepada pemilik kenderaan yang gagal mematuhi piawaian yang ditetapkan. Orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 2024) dan Peraturan-peraturan di bawahnya. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswpkl #alamsekitartangggungjawabbersama #opsgerakkebangsaan