Oleh carolhumairah · 25/02/2026 · 2 paparan
9 FEBRUARI 2026, ISNIN – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah melaksanakan Ops Gempur dan Bersepadu Bil. 1/2026 bermula 4 hingga 9 Februari 2026 dengan penglibatan seramai 19 anggota penguat kuasa. Operasi ini melibatkan pemeriksaan ke atas tapak projek dan beberapa premis di sekitar Kuala Lumpur. Antara pemilihan premis adalah yang berpotensi melepaskan efluen ke badan air termasuk Sungai Batu, selain premis yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Sebanyak 18 premis telah diperiksa termasuk satu projek pembangunan yang tertakluk di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015. Hasil pemeriksaan mendapati lapan (8) premis tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan. Daripada jumlah tersebut, satu (1) premis tidak mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009, satu (1) premis tidak mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009, satu (1) premis tidak mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 dan lima (5) premis tidak mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Sehubungan itu, sebanyak lima (5) Notis Arahan telah dikeluarkan dan empat (4) premis disyorkan untuk tindakan tawaran kompaun. JAS WPKL akan terus menjalankan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan terhadap AKAS 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswpkl #alamsekitartanggungjawabbersama #opsgempur
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup