PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Bengkel

SEMINAR PENGURUSAN ALAM SEKITAR & TRANSFORMASI DIGITAL: “eSWIS V2, CIRCULAR ECONOMY DAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 PINDAAN (2024)”

JAS WP KUALA LUMPUR 25/02/2026 8 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SEMINAR PENGURUSAN ALAM SEKITAR & TRANSFORMASI DIGITAL: “eSWIS V2, CIRCULAR ECONOMY DAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 PINDAAN (2024)”
Tahun
2026
Organisasi
Jabatan Alam Sekitar WP Kuala Lumpur (JAS WPKL) dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Alam Sekitar (KASKUL)
Lokasi
Espira Kinrara, Bandar Kinrara Puchong

Penerangan

10-11 FEBRUARI 2026, SELASA - RABU - Jabatan Alam Sekitar WP Kuala Lumpur (JAS WPKL) dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Alam Sekitar (KASKUL) telah menganjurkan Seminar Pengurusan Alam Sekitar & Transformasi Digital: “eSWIS V2, Circular Economy dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Pindaan (2024)” bertempat di Espira Kinrara, Bandar Kinrara Puchong . Seminar ini telah dirasmikan oleh Puan Hajah Zuraini Binti Haji Ahmad Tajudin, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Seminar ini dihadiri seramai 200 peserta dan 6 pempamer dari pelbagai sektor termasuklah premis- premis dalam dan luar WP Kuala Lumpur, perunding dan sebagainya. Seminar ini merupakan satu inisiatif Jabatan dalam meningkatkan pemahaman dan kesedaran pihak industri mengenai hala tuju Jabatan Alam Sekitar (JAS) terhadap pelaksanaan aktiviti penguatkuasaan dan pemerkasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 selaras dengan pindaan Akta tersebut pada tahun 2024. Seminar ini turut memberikan kefahaman dan peluang kepada peserta mengenai cara pengisian data buangan terjadual ke dalam Electronic Scheduled Waste Information System Version 2 (eSWIS V2). Semoga dengan pelaksanaan seminar ini dapat meningkatkan pematuhan industri terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Pindaan (2024) dan peraturan-peraturan dibawahnya. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswpkl #alamsekitartanggungjawabbersama