Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPERASI STATIK BERSEPADU "OPS GERAK" KENDERAAN DIESEL OLEH JAS NEGERI SELANGOR

Oleh normuhamad · 25/02/2026 · 2 paparan

10 Februari 2026, Klang - Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor bersama Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara, Selangor telah menjalankan Operasi Statik Bersepadu “Ops Gerak” Kenderaan Diesel di Lebuh Raya SHAPADU (arah Shah Alam), Selangor. Sebanyak 291 buah kenderaan berenjin diesel pelbagai jenis telah diperiksa. Daripada jumlah tersebut, 90 buah kenderaan telah ditahan untuk saringan asap secara visual dan satu (1) buah kenderaan telah ditahan untuk pengujian asap menggunakan smoke meter. Kenderaan tersebut telah didapati gagal mematuhi had 50% ketumpatan pelepasan asap hitam sepertimana yang ditetapkan di bawah Peraturan 11(1), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996. Kertas Siasatan akan dibuka untuk mendapat keizinan mengkompaun di bawah Seksyen 45, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 (Akta 127). Notis Arahan di bawah Seksyen 48A(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 turut dikeluarkan ke atas pemilik kenderaan tersebut untuk pemeriksaan semula asap kenderaan di PUSPAKOM. Laksanakan tanggungjawab dan selenggara kenderaan dengan baik demi kelestarian alam sekitar kita bersama.

Penganjur
JAS SELANGOR
Lokasi
KLANG, SELANGOR
Fail / Media (3)
  • 20262302115409100.jpg .jpg Buka
  • 20262302115412105.jpg .jpg Buka
  • 20262302115415231.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS