Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

SIASATAN ADUAN IKAN MATI DI TAMAN KAJANG IMPIAN, KAJANG OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR

Oleh normuhamad · 25/02/2026 · 0 paparan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor Cawangan Kajang telah menjalankan siasatan bagi aduan berkaitan pencemaran sungai yang menyebabkan kejadian ikan mati di Sungai Ramal berhampiran dengan Taman Kajang Impian, Kajang, Selangor pada 11 Februari 2026. Siasatan mendapati tiada petunjuk yang mencurigakan menyumbang kepada kejadian ikan mati tersebut. Bacaan parameter Oksigen Terlarut (Dissolve Oxygen, DO) secara in-situ mencatatkan bacaan yang rendah di beberapa kawasan. Persampelan air sungai telah dijalankan bagi tujuan analisa kimia selanjutnya. Pemantauan akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa.

Penganjur
JAS SELANGOR
Lokasi
KAJANG
Fail / Media (3)
  • 20262302114524897.jpg .jpg Buka
  • 20262302114530069.jpg .jpg Buka
  • 20262302114533616.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS