Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

SIASATAN KES ADUAN BUANGAN TERJADUAL SW422 KE ATAS SEBUAH PREMIS DI PUCHONG, SELANGOR

Oleh normuhamad · 25/02/2026 · 0 paparan

Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor Cawangan Sepang telah menerima aduan berkaitan pengurusan buangan terjadual SW422 ke premis tidak berlesen di Puchong, Selangor. Siasatan telah dijalankan pada 13 Februari 2026 ke atas sebuah premis yang menjalankan aktiviti pembuatan besi di Puchong, Selangor. Siasatan mendapati premis tersebut telah menjalankan aktiviti penjualan buangan terjadual SW422 ke premis tidak berlesen yang beroperasi di Petaling Jaya, Selangor. Siasatan lanjut juga mendapati premis telah gagal mematuhi keperluan perundangan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Persampelan rasmi telah dijalankan untuk analisa kimia selanjutnya. Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor Cawangan Sepang telah mengeluarkan field citation untuk tindakan penambahbaikan dan penjelasan lanjut daripada pihak Syarikat. Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(a)(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 turut dikeluarkan bagi menghentikan sebarang proses sehingga siasatan selesai dilaksanakan. Kertas Siasatan akan dibuka untuk mendapat izin mengkompaun bagi kesahalan-kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Semua pihak adalah diingatkan untuk sentiasa patuh kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Ketidakpatuhan boleh menyebabkan mana-mana pihak untuk disabitkan dan dibawa ke mahkamah.

Penganjur
JAS SELANGOR
Lokasi
PUCHONG
Fail / Media (4)
  • 20262302113750876.jpg .jpg Buka
  • 20262302113753799.jpg .jpg Buka
  • 20262302113756444.jpg .jpg Buka
  • 20262302113759870.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS