Oleh normuhamad · 25/02/2026 · 2 paparan
19 Februari 2026, Semenyih – Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor Cawangan Kajang telah menjalankan siasatan aduan berkaitan pencemaran air berminyak di Sungai Kabul, Beranang, Selangor. Siasatan mendapati terdapat tumpahan minyak (produk) di sekitar tangki simpanan. Tiada limpahan minyak di kesan keluar daripada kawasan premis. Pencemaran minyak ke sungai disyaki berpunca daripada air larian permukaan ketika waktu hujan. Persampelan rasmi telah dijalankan bagi tujuan analisa selanjutnya. Field citation telah dikeluarkan kepada pihak premis untuk tindakan pembersihan minyak dengan segera. Notis Arahan di bawah Seksyen 31, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 akan dikeluarkan untuk tindakan kerja-kerja pembersihan dan pelupusan minyak dalam tempoh yang ditetapkan oleh pihak premis. Tindakan mahkamah di bawah Seksyen 31, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 akan diambil sekiranya premis gagal mematuhi arahan tersebut. Pihak premis juga boleh dikenakan denda dibawah Seksyen 31(3), Akta yang sama boleh dikenakan denda tidak kurang lima puluh ribu ringgit ?Pemantauan dari semasa ke semasa akan terus dijalankan bagi mengelakkan sebarang pencemaran Sungai di kawasan tersebut.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup