Oleh normuhamad · 25/02/2026 · 2 paparan
7 Februari 2026, Klang – Pasukan Rondaan OMPT, Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor telah menjalankan rondaan pemantauan pembakaran terbuka di kawasan pertanian Johan Setia, Klang. Pengaktifan operasi ini dilaksanakan susulan keadaan cuaca panas dan kering serta tren peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang berpunca daripada aktiviti pembakaran terbuka di kawasan pertanian. Rondaan pemantauan mendapati bahawa terdapat tiga (3) insiden kebakaran kecil berlaku yang berpunca daripada tapak pembuangan sampah haram. Tindakan pemadaman telah dilaksanakan bagi menghentikan aktiviti pembakaran terbuka tersebut. Tiada individu dikenalpasti berada di lokasi kejadian. Pemakluman kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan dilaksanakan bagi tindakan susulan terhadap tapak pembuangan sampah haram tersebut. Pemantauan lanjut mendapati tiada pembakaran terbuka atau Kesan pembakaran di kawasan pertanian. IPU mencatatkan bacaan pada tahap sederhana (72). Kesalahan bagi pembakaran terbuka di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 2024) boleh menyebabkan denda tidak kurang daripada RM25,000 dan denda maksimum tidak melebihi RM 1,000,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-keduanya sekali dan denda tambahan boleh dikenakan tidak melebihi RM 5,000 bagi tiap-tiap hari kesalahan itu dilakukan selepas suatu notis diserahkan. Tindakan kompaun juga boleh dikenakan dengan suatu jumlah wang tidak melebihi 50% daripada jumlah penalti maksimum yang diperuntukkan bagi kesalahan tersebut.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup