Oleh normuhamad · 25/02/2026 · 2 paparan
7 Februari 2026, Kuala Langat – Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor Cawangan Sepang yang diketuai oleh YBrs. Tuan Halmy Bin Sirat, Ketua Cawangan bersama En. Mohd Zaimi Bin Ismail, Penolong Jurutera telah menyertai operasi pemantauan melalui udara di Hutan Simpan Kuala Langat Selatan, Kuala Langat, Selangor. Pemantauan melalui udara ini diketuai oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Krew Pangkalan Udara Bomba Wilayah Tengah. Pemantauan melalui udara dijalankan bertujuan untuk menilai tahap risiko kebakaran dan keperluan tindakan pemadaman serta kawalan lanjut kawasan-kawasan kebakaran hutan di Tanjung Sepat, Banting, Kuala Langat dan Hulu Langat termasuk kawasan Hutan Simpan Raja Musa. Operasi pemadaman masih dijalankan oleh JBPM. Pemantauan mendapati masih terdapat kesan asap di kawasan kebakaran berikutan cuaca panas, kering dan berangin. Pemantauan akan terus dijalankan dari semasa ke semasa.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup