Oleh hakim.hozali · 25/02/2026 · 2 paparan
CHANGLOON, 19 FEBRUARI 2026 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah telah menjalankan siasatan berhubung aduan pencemaran air yang dilaporkan di Sungai Kubang Pasu, Changloon, Kubang Pasu. Air dikatakan berwarna kehitaman. Aduan diterima dari pengadu lebih kurang jam 6 petang pada 18 Februari 2026. Susulan itu, sepasukan pegawai penyiasat telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan pemeriksaan di lokasi yang diadukan. Hasil siasatan di lokasi mendapati bahawa alur sungai berwarna kehitaman. Namun, tiada sebarang bau busuk dan tiada juga penemuan ikan mati dikesan di lokasi aduan. Pengukuran kualiti air secara in-situ turut dilakukan yang mana mendapati bahawa pH sungai sedikit beralkali. Hasil pemeriksaan dilapangan mendapati pencemaran tersebut disyaki berpunca daripada pelepasan efluen daripada tempat penternakan haiwan. Hal ini akan dipanjangkan kepada agensi penguatkuasaan yang berkaitan bagi melaksanakan tindakan susulan. Jabatan Alam Sekitar menyeru kepada orang awam untuk menyalurkan sebarang maklumat dan bekerjasama untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 dan http://eaduan.doe.gov.my
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup