Oleh hidayahbulyan · 23/02/2026 · 1 paparan
RONDAAN DARAT OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DAN PEMANTAUAN PUNCA PENCEMARAN DI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN W.P. LABUAN, 21 Februari 2026 – Pasukan penguat kuasa Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (JASWPL) bersama-sama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Labuan (APML) telah melaksanakan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) serta pemantauan terhadap punca-punca pencemaran alam sekitar yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Rondaan darat dijalankan meliputi kawasan perindustrian, jeti pelabuhan dan lokasi pendaratan kapal, alur alir, taman perumahan, kampung-kampung serta kawasan pantai di sekitar Wilayah Persekutuan Labuan. Berdasarkan hasil rondaan dan pemantauan OMPT yang dijalankan, tiada kejadian pembakaran terbuka dikesan. Pemantauan di kawasan perindustrian sekitar WPL turut dilaksanakan pada hujung minggu bagi mengenal pasti sebarang potensi pencemaran. Hasil pemeriksaan mendapati tiada kes pencemaran atau aktiviti mencurigakan dikesan di kawasan berkenaan. Rondaan turut diperluaskan ke kawasan pantai, sungai dan paya bakau bagi mengesan sebarang tanda pencemaran seperti tar ball, oil sheen dan lain-lain kesan pencemaran. Pemeriksaan mendapati tiada sebarang pencemaran atau aktiviti mencurigakan ditemui. Kesalahan pembakaran terbuka boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM25,000 dan tidak melebihi RM1 juta atau penjara sehingga lima (5) tahun atau kedua-duanya sekali. Denda tambahan sehingga RM5,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas notis diserahkan juga boleh dikenakan, atau kompaun tidak melebihi 50% daripada jumlah denda maksimum. Orang ramai digalakkan untuk menyalurkan aduan berkaitan pencemaran alam sekitar melalui talian bebas tol 1-800-88-2727, emel ke [email protected] atau menerusi portal eAduan di https://eaduan.doe.gov.my. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswplabuan #alamsekitartanggungjawabbersama #jaswplabuan_februari_2026
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup