Oleh nasir.ibrahim · 23/02/2026 · 1 paparan
14 FEBRUARI 2026, PENGERANG - Pasukan Penguatkuasaan JAS Cawangan Pengerang telah menjalankan rondaan darat bagi mencegah pembakaran terbuka (OMPT) dan pemantauan pencemaran sempena cuti hujung minggu di kawasan berisiko dan hotspot berlakunya pembakaran terbuka di sekitar Pengerang, Desaru, Penawar dan Sedili Kecil. Pelaksanaan rondaan ini merupakan usaha berterusan JAS dalam memastikan kualiti alam sekitar terpelihara dan memupuk kesedaran kepada semua pihak terhadap tanggungjawab bersama dalam menjaga kelestarian alam sekitar terutamanya tidak membuat sebarang aktiviti pembakaran terbuka berikutan cuaca panas dan kering serta tidak menerima hujan dalam tempoh yang lama di sekitar Penawar dan Pengerang. Edaran brosur larangan pembakaran terbuka telah diedarkan kepada orang awam dan pengusaha ladang sebagai salah satu usaha kesedaran. Kesalahan pembakaran terbuka boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A, AKAS, 1974 dan sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada dua puluh lima ribu ringgit (RM25,000.00) dan tidak melebihi satu juta ringgit (RM 1 juta) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya sekali dan denda tambahan tidak melebihi lima ribu ringgit (RM 5,000.00) bagi tiap-tiap hari kesalahan itu dilakukan selepas satu notis diserahkan atau boleh dikenakan kompaun dengan satu jumlah wang tidak melebihi lima puluh peratus (50%) daripada denda maksimum.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup