Oleh nursyadah · 19/02/2026 · 1 paparan
6 Februari 2026, Seremban – Pihak Jabatan Alam Sektiar Negeri Sembilan (JASNS) telah menerima maklumat daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada jam 5:15 petang; 6 Februari 2026 mengenai insiden tumpahan bahan kimia di sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Nilai. Pasukan penyiasat telah segera diarahkan ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan dan siasatan. Setibanya di lokasi, pasukan penyiasat mendapati pihak premis sedang giat menjalankan kerja-kerja pembersihan tumpahan bahan kimia terbabit. Siasatan awal mendapati punca kebocoran dipercayai berpunca daripada keretakan pada tangki Fibre Reinforced Plastic (FRP). Setakat jam 8:15 malam, sebanyak 25 tan bahan kimia telah berjaya disedut semula ke dalam tangki IBC untuk tujuan pelupusan. Langkah-langkah kecemasan telah diambil bagi mengelakkan pencemaran lebih serius berlaku bagi menyekat aliran bahan kimia daripada terus memasuki ke saliran awam. Pihak JASNS telah memastikan kerja pembersihan dan pengurusan sisa dilakukan mengikut Peraturan-Peraturan (Buangan Terjadual) 2005 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Pihak premis juga diminta untuk memastikan proses pembersihan selesai sepenuhnya agar tidak mendatangkan sebarang pencemaran terutamanya kualiti air sungai.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup