Oleh nursyadah · 19/02/2026 · 0 paparan
10 Februari 2026, Seremban – Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) amat menitikberatkan pematuhan nilai etika dan integriti dalam kalangan warganya sebagai teras utama pembentukan budaya kerja yang berintegriti, telus dan berakauntabiliti. Sehubungan itu, Bengkel Etika & Integriti Membentuk Budaya Cemerlang telah diadakan dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang disampaikan oleh Pegawai SPRM iaitu Encik Azrar Hamizi bin Rosni. Bengkel ini adalah bertujuan memberi pendedahan, meningkatkan kesedaran serta memperkukuhkan kefahaman warga JASNS terhadap kepentingan integriti dalam pelaksanaan tugas harian. Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan JAS Negeri Sembilan dalam memastikan setiap pegawai dan kakitangan sentiasa menjunjung nilai integriti demi penyampaian perkhidmatan yang berkesan dan berwibawa kepada masyarakat serta negara.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup