Koleksi Gambar / Aktiviti,Program Kesedaran

PELANCARAN PROGRAM PENGUMPULAN BUANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (E-WASTE) SEMPENA HSE WEEK 2026 TNB GENCO SDN. BHD.

Oleh nursyadah · 19/02/2026 · 0 paparan

11 Februari, Port Dickson - Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) telah menerima jemputan daripada TNB GENCO Sdn. Bhd. bagi bersama – sama menjayakan pelancaran Program Pengumpulan E-Waste dalam kalangan kakitangan syarikat tersebut. Majlis ini diadakan bersempena Health, Safety and Environment (HSE) Week Tahun 2026. Majlis telah berlangsung pada 11 Februari 2026 bertempat di Stesen Janakuasa Tuanku Muhriz Port Dickson, Negeri Sembilan, dan turut dihadiri oleh kakitangan syarikat serta pelajar-pelajar sekolah. Perasmian program telah disempurnakan oleh Tuan Haji Zakaria bin Abu Hassan, Pengurus Urusan Jimah East Power (JEP). Turut hadir ialah Pengarah JASNS, Tn. Abdul Aziz bin Parmin bersama pegawai-pegawai jabatan sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap penganjuran program yang memupuk kesedaran alam sekitar. Program ini merupakan antara inisiatif berterusan pihak syarikat dalam memperkukuh budaya Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (HSE) di tempat kerja, selaras dengan komitmen ke arah operasi yang selamat, mampan dan bertanggungjawab.

Fail / Media (5)
  • 20261902110242020.jpg .jpg Buka
  • 20261902110250893.jpg .jpg Buka
  • 20261902110304071.jpeg .jpeg Buka
  • 20261902110315759.jpeg .jpeg Buka
  • 20261902110327091.jpeg .jpeg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS