Oleh nursyadah · 19/02/2026 · 0 paparan
12 Februari 2026, Seremban – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah melaksanakan Ops Gempur Penguatkuasaan Premis selama dua (2) hari yang melibatkan seramai 13 anggota penguat kuasa JAS Negeri Sembilan. Ops gempur ini menumpukan pemeriksaan di beberapa kawasan perindustrian sekitar Senawang dan Seremban. Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak enam (6) premis telah diperiksa. Hasil daripada operasi tersebut, JAS Negeri Sembilan telah mengeluarkan tindakan penguatkuasaan seperti berikut: • Field Citation – 6 • Notis – 3 • Kompaun – 4 • IP – 1 Diharapkan pelaksanaan Ops Gempur ini dapat memberi kesedaran dan pengajaran kepada semua pihak premis mengenai kepentingan pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. JAS komited dalam memastikan pemeliharaan alam sekitar sentiasa diberi keutamaan demi mewujudkan persekitaran yang selamat dan lestari untuk semua.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup