Oleh holly · 16/02/2026 · 0 paparan
"MESYUARAT J/KUASA BERTINDAK PELAN PEMBANGUNAN MUKIM KUNDASANG (BIL.01/2026)” Tarikh: 04 Februari 2026 (Rabu) Masa: 08.30 am - 02.00 pm Tempat: Dewan Puncak Kasih, Puncak Kundasang. Anjuran : J/Kuasa Bertindak Pelan Pembangunan Mukim Kundasang. Kehadiran: Wakil Jabatan Mineral & Geosains, wakil YB Datuk Jonathan Yasin, wakil PBT, WKAN, JKKK dan penduduk kampung. Kehadiran JAS Sabah: ppkt mp, PJ RLSK. Ringkasan Mesyuarat: 1?? Mesyuarat dimulakan dengan pembentangan dari Pengerusi J/Kuasa Bertindak Hj. Suhlin Hadi. 2?? Beberapa isu telah dibangkitkan antaranya sistem pengurusan perparitan aliran air Pekan Kundasang yg tidak terurus menyebabkan banjir kilat di kawasan tanah rendah Kampung Lobou Permai. Kemudahan kumbahan yg kurang diselenggara menyebabkan anak Sg. Lobou Lobou terkesan dan juga isu-isu sosio ekonomi. 3?? Isu utama yg dibangkitkan adalah mengenai cadangan pembinaan sebanyak 160 buah lot pintu bangunan komersil di kawasan Bata Merah & Padang Pekan Kundasang. Kebimbangan penduduk adalah skala projek yg agak besar dan dibangunkan di kawasan yg sebahagiannya merupakan kawasan tanah timbun & adanya kesan pergerakan tanah. 4?? Wakil JMG mengesyorkan perlunya ada laporan kajian soil investigation (SI), geologi & hidrology di kawasan tersebut sebelum pembangunan dibuat. 5?? Wakil JAS maklum ulasan teknikal hanya akan dibuat di peringkat permohonan pelan pembangunan PBT (Majlis Daerah Ranau). Mesyuarat juga dinasihatkan untuk merujuk kepada JPAS untuk kerja-kerja tanah, JPPS untuk sistem kumbahan dan JPS bagi pembinaan sistem perparitan dgn mengambilkira keperluan garispanduan MSMA. 6?? Mesyuarat J/Kuasa bersetuju untuk membawa isu ini dengan mengadakan satu Mesyuarat bersama dengan Pegawai Daerah dan agensi-agensi Kerajaan yg disebut pada tarikh yg akan ditetapkan. Sekian dimaklumkan. Terima kasih. UNIT EIA & IP
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup