Oleh charlie · 16/02/2026 · 0 paparan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Bintulu telah menerima jemputan daripada PTTEP Sarawak, Bintulu, Sarawak bagi menyampaikan ceramah alam sekitar pada 5 Februari 2026 di Dewan Balairaya Kampung Assyakirin, Bintulu, Sarawak. Ceramah bertajuk kepentingan dan kesedaran penjagaan alam sekitar merangkumi aspek pencemaran air, udara dan e-waste telah disampaikan oleh Encik Horatio Nyambong dan telah dihadiri oleh seramai 100 orang murid yang terdiri dari SK Sg Tau, SK Kelawit, SK Kuala Pelugau, SK Sg Bawang. Satu sesi kuiz diadakan berselang-seli dengan ceramah bagi menguji minda para peserta dan menarik perhatian mereka. Semoga perkongsian ini dapat meningkatkan kesedaran dan memupuk amalan positif menjaga alam sekitar secara lestari di Negeri Sarawak. Selain itu, JAS Cawangan Bintulu turut dijemput untuk mengadakan pameran kesedaran alam sekitar pada hari yang sama. Pameran tersebut memberi tumpuan kepada perkongsian risalah kesedaran alam sekitar dan jenis-jenis buangan terjadual. Para peserta juga berpeluang membuat pendaftaran ahli Rakan Alam Sekitar (RAS) semasa program berlangsung.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup