Koleksi Gambar / Bengkel,Program Kesedaran

SESI LIBAT URUS JAS KEDAH DALAM PROGRAM SEKOLAH LESTARI-ANUGERAH ALAM SEKITAR (SLAAS) DI LANGKAWI

Oleh hakim.hozali · 16/02/2026 · 1 paparan

7 Februari 2026, Langkawi Sesi Libat Urus Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) telah berjaya dilaksanakan pada 7 Februari 2026 bertempat di Sekolah Kebangsaan Ulu Melaka, Langkawi dengan penglibatan 43 buah sekolah. Turut hadir Encik Yusof bin Nayan dari Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi. Sesi ini bertujuan memberi pendedahan, perkongsian maklumat serta penjelasan berkaitan pelaksanaan Program Sekolah Lestari sebagai platform memupuk budaya kelestarian, amalan hijau dan kesedaran alam sekitar dalam kalangan warga sekolah. Program dimulakan dengan perkongsian ringkas oleh pegawai JAS Kedah seterusnya perbincangan bersama Pengarah JAS Kedah, Puan Sharifah Zakiah binti Syed Sahab merangkumi pengalaman, strategik pelaksanaan serta amalan terbaik dalam menguruskan sekolah lestari. Penglibatan aktif pihak sekolah dan guru-guru membuktikan komitmen bersama dalam menyokong agenda kelestarian alam sekitar melalui pendidikan. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan sokongan yang diberikan terutama pihak Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan semua Pejabat Pendidikan Daerah di Negeri Kedah.

Penganjur
JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI KEDAH
Lokasi
Sekolah Kebangsaan Ulu Melaka, Langkawi
Fail / Media (7)
  • 20261602002623618.jpg .jpg Buka
  • 20261602002633555.jpg .jpg Buka
  • 20261602002640868.jpg .jpg Buka
  • 20261602002648243.jpg .jpg Buka
  • 20261602002655649.jpg .jpg Buka
  • 20261602002702930.jpg .jpg Buka
  • 20261602002709774.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS