Koleksi Gambar / Bengkel

PENGANJURAN BENGKEL ALAM GURU - BIODIVERSITI AIR DI LANGKAWI

Oleh hakim.hozali · 16/02/2026 · 0 paparan

LANGKAWI, 7 FEBRUARI 2026 – Seramai 43 orang guru telah didedahkan kepada kepentingan ekosistem air dan kaedah pemuliharaan biodiversiti akuatik menerusi Bengkel Alam Guru – Biodiversiti Air Tahun 2026 yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Ulu Melaka, Langkawi. Bengkel selama tiga hari bermula 5 hingga 8 Februari 2026 telah dirasmikan penutupnya oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah, YBrs. Puan Sharifah Zakiah binti Syed Sahab. Program anjuran bersama JAS Negeri Kedah, Sekolah Kebangsaan Air Merah, Kulim, Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas, Alor Setar dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) itu bertujuan melengkapkan guru dengan pengetahuan serta kemahiran praktikal untuk diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Dalam ucapan perasmian penutup tersebut, Puan Sharifah Zakiah binti Syed Sahab Pengarah JAS Kedah menekankan peranan guru sebagai agen perubahan dalam memupuk kesedaran alam sekitar dan sebagai peneraju pendidikan lestari. Sepanjang bengkel, para peserta didedahkan dengan aktiviti seperti penanaman pokok, pengurusan sisa dan gotong-royong. Turut diserikan dengan sesi perkongsian ilmu menerusi program Global Environment Engagement yang melibatkan pendidik dari Romania, Korea Selatan, Filipina, Indonesia, dan Malaysia. Perkongsian global ini memberi perspektif baharu dan inspirasi kepada 43 orang guru peserta untuk terus menghargai dan memelihara khazanah alam negara. Diharapkan bengkel ini akan menjadi pemangkin kepada pelaksanaan aktiviti pendidikan alam sekitar yang lebih berkesan di sekolah. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang terlibat terutama pihak Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan semua Pejabat Pendidikan Daerah di Negeri Kedah atas kerjasama dan sokongan yang diberikan.

Penganjur
Program anjuran bersama JAS Negeri Kedah, Sekolah Kebangsaan Air Merah, Kulim, Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas, Alor Setar dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS
Lokasi
Sekolah Kebangsaan Ulu Melaka, Langkawi
Fail / Media (8)
  • 20261602001907910.jpg .jpg Buka
  • 20261602001915820.jpg .jpg Buka
  • 20261602001922692.jpg .jpg Buka
  • 20261602001929737.jpg .jpg Buka
  • 20261602001937880.jpg .jpg Buka
  • 20261602001946788.jpg .jpg Buka
  • 20261602001953951.jpg .jpg Buka
  • 20261602002000878.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS