Oleh hidayahbulyan · 16/02/2026 · 0 paparan
PROGRAM CERAMAH, HANDS-ON DAN PAMERAN ALAM SEKITAR DI SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BEDUAN, WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (SKSBWPL) TAHUN 2026 BERSAMA JABATAN ALAM SEKITAR W.P LABUAN (JASWPL) 11 Februari 2026, Wilayah Persekutuan Labuan (WPL) - JASWPL telah berkolaborasi bersama SKSBWPL dengan mengadakan program ceramah kesedaran penjagaan alam sekitar dan pameran alam sekitar pada peringkat WPL di SKSBWPL. Ceramah alam sekitar telah disampaikan oleh Puan PPKK Adylina Mohd Yaakub, bertajuk “Dari Sisa Ke Sentuhan Kreatif, Kitar Semula Minyak Terpakai” kepada semua pelajar tahun 6 dan beberapa orang guru di SKSBWPL. Antara pengisian ceramah adalah penerangan kaedah membuat lilin menggunakan bahan terpakai seperti minyak masak, bekas botol ubat batuk dan krayon lama. Pameran Alam Sekitar juga telah dilaksanakan dengan pameran berkaitan Alam Sekitar, Sekolah Lestari, Kuiz Alam Sekitar dan permainan Dadu Ular yang berkaitan alam sekitar. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan SKSBWPL atas komitmen atas kerjasama padu dalam menjayakan program yang amat bermanfaat ini. Kesungguhan usaha gigih oleh pihak pengurusan dan warga sekolah dalam memastikan kelancaran pelaksanaan program ini amatlah dihargai. Semoga jalinan kerjasama yang terjalin ini dapat terus diperkukuh pada masa hadapan demi kelestarian alam sekitar. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswplabuan #alamsekitartanggungjawabbersama #jaswplabuan_Februari_2026
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup