Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

PEMERIKSAAN PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING (AKAS) 1974 DI PREMIS YANG DITETAPKAN (PYDT) KILANG KILANG KELAPA SAWIT (KKS) BERSAMA MPOB CAWANGAN SANDAKAN

Oleh holly · 16/02/2026 · 0 paparan

10 Februari 2026, Sandakan - Pasukan penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah Cawangan Sandakan telah menjalankan operasi secara bersepadu bersama MPOB Cawangan Sandakan menjalankan pemeriksaan pematuhan AKAS 1974 di 2 buah premis kilang kelapa sawit sebagai sebahagian daripada aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan berterusan Jabatan. Pemeriksaan ini memberi tumpuan kepada pematuhan terhadap Syarat-Syarat Lesen Dibawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan) (Minyak Kelapa Sawit Mentah) 1977. Sepanjang pemeriksaan dijalankan, pegawai JAS telah menilai pematuhan terhadap syarat-syarat lesen PYDT KKS, berkenaan Effluen yang dihasilkan , kolam-kolam efluen, aliran pengaliran ladang dan kawasan yang berpotensi boleh mencemarkan Sungai Segaliud. Semasa pemeriksaan kedua-dua premis mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar dan tiada sebarang limpahan atau pun pencemaran yang berlaku terutamanya melibatkan efluen yang dihasilkan termasuk aliran-aliran yang disalurkan ke pengaliran ladang Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah akan terus komited melaksanakan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan secara berkala bagi memastikan tahap pematuhan alam sekitar sentiasa berada pada tahap yang memuaskan, selaras dengan usaha pemeliharaan alam sekitar dan pembangunan mampan. ?Orang ramai dialu-alukan untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan isu pencemaran alam sekitar melalui saluran rasmi berikut: Talian Bebas Tol: 1-800-88-2727 Portal e-Aduan: https://eaduan.doe.gov.my ?#NRES #jabatanalamsekitar #jassabah #alamsekitartanggungjawabbersama

Penganjur
JAS SABAH
Lokasi
Sandakan
Fail / Media (5)
  • 20261302123631811.jpg .jpg Buka
  • 20261302123643400.jpg .jpg Buka
  • 20261302123654590.jpg .jpg Buka
  • 20261302123707220.jpg .jpg Buka
  • 20261302123714829.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS