Oleh holly · 16/02/2026 · 0 paparan
10 Februari 2026, Kota Marudu - Pasukan penguatkuasaan Premis Yang Ditetapkan (PYDT) Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah bersama dengan pasukan audit NRES telah menjalankan pemeriksaan pematuhan AKAS 1974 di sekitar Daerah Kota Marudu sebagai sebahagian daripada aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan berterusan Jabatan. Pemeriksaan ini memberi tumpuan kepada pematuhan terhadap Syarat-Syarat Lesen Dibawah Seksyen 16, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 [PPKAS (BT) 2005] dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 [PPKAS (UB) 2014] kepada premis terlibat. Sepanjang pemeriksaan dijalankan, pegawai JAS telah menilai pematuhan terhadap syarat-syarat lesen PYDT KKS, pengurusan buangan terjadual, kawalan pelepasan udara, penyelenggaraan sistem kawalan pencemaran, pematuhan dokumentasi dan rekod yang diwajibkan di bawah peraturan berkaitan serta menjalankan persampelan rasmi efluen pada takat akhir pelepasan. Pemeriksaan ini bertujuan memastikan setiap premis beroperasi selaras dengan keperluan undang-undang di bawah AKAS 1974 dan tidak menjejaskan kualiti alam sekitar serta kesejahteraan komuniti setempat. Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah akan terus komited melaksanakan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan secara berkala bagi memastikan tahap pematuhan alam sekitar sentiasa berada pada tahap yang memuaskan, selaras dengan usaha pemeliharaan alam sekitar dan pembangunan mampan. ?Orang ramai dialu-alukan untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan isu pencemaran alam sekitar melalui saluran rasmi berikut: Talian Bebas Tol: 1-800-88-2727 Portal e-Aduan: https://eaduan.doe.gov.my ?#NRES #jabatanalamsekitar #jassabah #alamsekitartanggungjawabbersama
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup