Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

PEMERIKSAAN PENGUATKUASAAN SYARAT KELULUSAN EIA: JAS SABAH PANTAU PEMATUHAN PROJEK DI SEKITAR SANDAKAN

Oleh holly · 16/02/2026 · 0 paparan

SANDAKAN – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sabah di bawah Unit Penguatkuasaan EIA telah melaksanakan siri pemeriksaan penguatkuasaan sepanjang minggu lepas yang memfokuskan sepenuhnya kepada pematuhan Syarat-Syarat Kelulusan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) di bawah Seksyen 34A(7), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. ?Pemeriksaan ini menyasarkan tapak-tapak projek di sekitar daerah Sandakan bagi memastikan penggerak projek (PP) mematuhi standard dan syarat kelulusan yang telah ditetapkan bagi meminimumkan impak kepada alam sekitar. ?Pemeriksaan teknikal yang dijalankan melibatkan pemantauan rapi ke atas: 1. Semakan Dokumen Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP): Memastikan dokumen EMP sentiasa dikemaskini dan dilaksanakan sepenuhnya sebagai panduan pengurusan alam sekitar di tapak projek. 2. ?Keberkesanan Komponen LDP2M2: Menilai tahap kefungsian komponen Land Development Pollution Prevention and Mitigation Measures (LDP2M2) bagi kawalan hakisan, kelodak, dan habuk di tapak projek. 3. ?Pemeriksaan Kualiti Pemantauan Air, Udara, dan Bunyi: Memastikan program pemantauan berkala dijalankan bagi menjamin tahap kualiti alam sekitar sentiasa mematuhi piawaian yang ditetapkan. 4. ?Pengurusan Buangan Terjadual: Memastikan stor penyimpanan, pelabelan, dan rekod pelupusan adalah teratur mengikut peraturan. 5. ?Pemeliharaan Zon Penimbal: Memastikan kawasan sensitif tidak diceroboh dan ekosistem setempat terus terpelihara. ?JAS Negeri Sabah menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana premis atau penggerak projek yang didapati gagal mematuhi syarat kelulusan EIA di bawah Seksyen 34A(7). ?Pihak Jabatan akan terus konsisten dalam menjalankan pemeriksaan penguatkuasaan lapangan di seluruh pelosok Negeri Sabah demi menjamin kualiti alam sekitar yang mampan serta kesejahteraan seluruh masyarakat di Negeri Di Bawah Bayu. ?Orang ramai dialu-alukan untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan isu pencemaran alam sekitar melalui saluran rasmi berikut: Talian Bebas Tol: 1-800-88-2727 Portal e-Aduan: https://eaduan.doe.gov.my ?#NRES #jabatanalamsekitar #jassabah #alamsekitartanggungjawabbersama

Penganjur
JAS SABAH
Lokasi
Sandakan
Fail / Media (6)
  • 20261302111309654.jpg .jpg Buka
  • 20261302111324423.jpg .jpg Buka
  • 20261302111334414.jpg .jpg Buka
  • 20261302111343017.jpg .jpg Buka
  • 20261302111350943.jpg .jpg Buka
  • 20261302111412124.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS