Oleh holly · 16/02/2026 · 1 paparan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sabah hari ini telah melaksanakan siri pemeriksaan penguatkuasaan yang memfokuskan sepenuhnya kepada Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009. Pemeriksaan ini menyasarkan Loji Rawatan Kumbahan (LRK) di sekitar daerah Ranau bagi memastikan sistem pengurusan sisa kumbahan mematuhi piawaian pelepasan yang ditetapkan. ?Pemeriksaan teknikal yang dijalankan melibatkan pemantauan rapi ke atas prestasi unit rawatan kumbahan bagi memastikan tiada pelepasan efluen mentah atau tidak dirawat ke alur air. Memandangkan Ranau merupakan kawasan yang sensitif dari segi ekosistem dan sumber air, integriti pengoperasian loji kumbahan menjadi keutamaan pihak Jabatan dalam mencegah pencemaran bau dan pencemaran organik. ?Selain verifikasi operasi loji, pasukan penguatkuasa JAS Negeri Sabah turut melakukan pemeriksaan ke atas rekod penyelenggaraan serta sistem pengurusan enapcemar (sludge) bagi memastikan ianya diuruskan mengikut tatacara yang betul. JAS Negeri Sabah menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana premis atau operator loji yang gagal mematuhi standard PPKAS (Kumbahan) 2009. ?Pihak Jabatan akan terus konsisten dalam menjalankan pemeriksaan penguatkuasaan lapangan di seluruh pelosok Negeri Sabah demi menjamin kualiti alam sekitar yang mampan serta kesejahteraan seluruh masyarakat di Negeri Di Bawah Bayu. ?Orang ramai dialu-alukan untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan isu pencemaran alam sekitar melalui saluran rasmi berikut: ? Talian Bebas Tol: 1-800-88-2727 Portal e-Aduan: https://eaduan.doe.gov.my ?#NRES #jabatanalamsekitar #jassabah #alamsekitartanggungjawabbersama
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup