Koleksi Gambar

BENGKEL PENGOPERASIAN BENCANA NEGERI PULAU PINANG SIRI 1 BAGI TAHUN 2026 BERKAITAN BENCANA MARITIM

Oleh hashikin · 11/02/2026 · 0 paparan

BENGKEL PENGOPERASIAN BENCANA NEGERI PULAU PINANG SIRI 1 BAGI TAHUN 2026 BERKAITAN BENCANA MARITIM 10 FEBRUARI 2026, GEORGE TOWN - Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang telah menghadiri Bengkel Pengurusan Bencana Negeri Pulau Pinang Siri 1 bagi tahun 2026 yang telah dianjurkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (PSUKPP) dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Muhamad Ghopran bin Yeop Hamzah, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) dan dilaksanakan selaras dengan Arahan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) No. 1, yang menjadi rujukan utama dalam pengurusan bencana negara. Penganjuran bengkel ini bertujuan untuk memperkukuh kefahaman agensi-agensi terlibat terhadap struktur, peranan dan fungsi Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat Negeri dan Daerah sebagaimana yang digariskan di bawah Arahan NADMA No. 1, termasuk aspek penyelarasan, rantaian arahan (chain of command) serta mekanisme tindak balas bencana secara bersepadu. Pengisian bengkel merangkumi sesi taklimat oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang berkaitan Pelan Kontigensi Tumpahan Minyak Malaysia (Malaysia Oil Spill Contingency Plan – MOSCOP) yang telah disampaikan oleh Pegawai Kawalan Alam Sekitar, Encik Ahmad Zaim bin Marzuki. Taklimat tersebut telah memberi pendedahan terperinci mengenai pelaksanaan MOSCOP, peranan setiap agensi peneraju dan agensi sokongan, serta penyelarasan tindakan semasa fasa pencegahan, kesiapsiagaan, tindak balas dan pemulihan bencana, selaras dengan prinsip dan struktur pengurusan bencana yang ditetapkan di bawah Arahan NADMA No. 1. Selain itu, bengkel ini turut menjadi platform perkongsian pengetahuan dan pengalaman antara agensi dalam memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi insiden tumpahan minyak dan bencana maritim yang berpotensi memberi kesan terhadap keselamatan awam, alam sekitar serta ekonomi negeri. Melalui penganjuran bengkel ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang berharap agar tahap kesiapsiagaan, keupayaan operasi serta koordinasi antara agensi di semua peringkat dapat terus diperkasakan bagi memastikan pengurusan bencana dilaksanakan secara lebih sistematik, berkesan dan bersepadu demi kesejahteraan rakyat dan kelestarian negeri. Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang sentiasa komited dalam memberi khidmat nasihat dan pandangan berkaitan pengurusan, pemeliharaan serta pemuliharaan alam sekitar demi kelestarian alam sekitar. Orang ramai boleh membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://[email protected] #nres #jabatanalamsekitar #jaspulaupinang #alamsekitartanggungjawabbersama #jaspp2026_Februari

Penganjur
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (PSUKPP)
Lokasi
GEORGE TOWN
Fail / Media (5)
  • 20261102122410193.jpeg .jpeg Buka
  • 20261102122417506.jpeg .jpeg Buka
  • 20261102122426365.jpeg .jpeg Buka
  • 20261102122437381.jpeg .jpeg Buka
  • 20261102122444084.jpeg .jpeg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS