Oleh sofea · 11/02/2026 · 4 paparan
Seksyen Kawalselia Konsesi dan Program Pengawasan, Bahagian Udara, JAS dengan kerjasama Bahagian Air dan Marin serta JAS Negeri Selangor telah menjalankan pengauditan dan penggantian peralatan baharu pengawasan kualiti air sungai automatik di Stesen CR09B, Sungai Semenyih (Intake Jenderam), Selangor. TAC ini bertujuan untuk memastikan peralatan baharu yang digantikan di bawah Asset Replacement Program memenuhi spesifikasi dan skop yang telah ditetapkan dalam Perjanjian Konsesi bagi Program Pengawasan Kualiti Alam Sekitar (EQMP) antara JAS dan syarikat konsesi Pakar Scieno TW Sdn. Bhd. Penghasilan data kualiti air sungai yang sahih, tepat dan representatif dalam memastikan takat pengambilan air minuman dan kegunaan berfaedah sekitarnya terjamin adalah menjadi keutamaan di bawah Program EQMP.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup