Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

JAS ROMPIN PERKUKUH PENGUATKUASAAN PEMATUHAN ALAM SEKITAR KILANG KELAPA SAWIT SEKITAR DAERAH ROMPIN

Oleh nuraida.musa · 11/02/2026 · 2 paparan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Rompin telah melaksanakan aktiviti penguatkuasaan secara berterusan ke atas kilang-kilang kelapa sawit yang beroperasi di sekitar Daerah Rompin. Aktiviti penguatkuasaan ini dijalankan bertujuan untuk memastikan setiap premis industri mematuhi sepenuhnya peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta Peraturan-peraturan dibawahnya dan syarat lesen yang telah ditetapkan oleh Jabatan. Sepanjang penguatkuasaan dilaksanakan, pemeriksaan tertumpu kepada aspek pengurusan Buangan Terjadual, Sistem Rawatan Effluen, pelepasan ke udara serta pematuhan terhadap syarat-syarat kawalan pencemaran yang ditetapkan. JAS Cawangan Rompin akan terus komited dalam melaksanakan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan secara berkala bagi memastikan aktiviti perindustrian dijalankan secara lestari, seterusnya melindungi alam sekitar serta kesejahteraan masyarakat setempat

Penganjur
JAS CAWANGAN ROMPIN
Lokasi
ROMPIN
Fail / Media (4)
  • 20260902152014004.jpg .jpg Buka
  • 20260902152028154.jpg .jpg Buka
  • 20260902152040571.jpg .jpg Buka
  • 20260902152052303.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS