Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

PEMERIKSAAN KENDERAAN PENGANGKUT PYDT (BUANGAN TERJADUAL) SESI 2026/2027

Oleh nuraida.musa · 11/02/2026 · 3 paparan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang telah melaksanakan pemeriksaan kenderaan pengangkut PYDT (Buangan Terjadual) bagi tujuan pembaharuan lesen PYDT (BT) sesi 2026/2027 yang berlangsung selama enam (6) hari melibatkan premis dari daerah Kuantan, Temerloh dan Bentong. Pemeriksaan ini telah dijalankan di Kuantan (26-29 Januari 2026), Temerloh dan Bentong (3-4 Februari 2026) yang melibatkan sebanyak 79 buah kenderaan pengangkut berlesen. Skop pemeriksaan merangkumi semakan kelengkapan keselamatan kenderaan bagi tujuan kawalan tumpahan, kemalangan dan kebakaran, di samping pemantauan pelepasan asap bagi memastikan pematuhan terhadap perundangan alam sekitar yang berkuat kuasa. Pelaksanaan pemeriksaan ini merupakan salah satu langkah penguatkuasaan dan pemantauan berterusan JAS Negeri Pahang bagi memastikan pengurusan dan pengangkutan buangan terjadual dilaksanakan secara selamat, terkawal dan mematuhi piawaian alam sekitar, seterusnya mengurangkan risiko pencemaran serta ancaman terhadap keselamatan awam.

Penganjur
JAS PAHANG
Lokasi
KUANTAN
Fail / Media (4)
  • 20260902145609824.jpg .jpg Buka
  • 20260902145628309.jpg .jpg Buka
  • 20260902145639204.jpg .jpg Buka
  • 20260902145650925.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS