Oleh mansah · 11/02/2026 · 2 paparan
PROJEK PEMBINAAN HARAM DI PULAU RUSUKAN KECIL DIGEMPUR, PERALATAN PEMBINAAN DISITA DALAM OPERASI BERSEPADU 7 Februari 2026, LABUAN – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (JASWPL) bersama-sama agensi dan jabatan kerajaan berkaitan hari ini telah menggempur satu tapak projek pembinaan di Pulau Rusukan Kecil, W.P. Labuan dan melaksanakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) ke atas peralatan pembinaan serta-merta menerusi satu operasi penguatkuasaan bersepadu. Serbuan dilakukan susulan siasatan mendapati pemaju sedang giat menjalankan kerja-kerja tanah dan pembinaan di tapak seluas 11 ekar tersebut tanpa sebarang kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA). Projek di kawasan Taman Laut ini disyaki telah melanggar Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015, di bawah Jadual Kedua, Aktiviti 12. Susulan itu, tindakan POK dibuat di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi menyekat sebarang pergerakan jentera, peralatan pembinaan dari beroperasi. Operasi bersepadu ini melibatkan seramai 17 anggota penguat kuasa ini diketuai oleh JASWPL dengan kerjasama pelbagai agensi antaranya ialah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) WP Labuan, Jabatan Perikanan Malaysia WP Labuan (DOF), serta Perbadanan Labuan (PL). Justeru, JAS menyeru kepada semua pemaju agar sentiasa mematuhi prosedur perundangan sebelum memulakan sebarang projek pembangunan khususnya di Taman Laut. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswplabuan #alamsekitartanggungjawabbersama #jaswplabuan_februari_2026
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup