Oleh nuraida.musa · 09/02/2026 · 3 paparan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang turut menjayakan Taklimat Kesedaran Pencemaran Radiasi, Bahan Radioaktif dan Pengurusan Sisa Elektrik dan Elektronik (E-Waste) kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Pahang bertempat di Dewan Tun Razak, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang. Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran, kefahaman serta pematuhan warga PDRM terhadap pengurusan e-waste secara sistematik, selamat dan mesra alam, selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada serta dasar kelestarian alam sekitar negara. Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran YBhg. Timbalan Ketua Polis Pahang, DCP Datuk Azry Akmar bin Dato’ Haji Ayob, bersama barisan pegawai kanan polis, pegawai rendah polis serta pegawai awam PDRM. Taklimat ini turut melibatkan penyampaian oleh Jabatan Tenaga Atom Malaysia (JTAM) Zon Timur, diikuti sesi soal jawab, nyanyian lagu rasmi, sesi bergambar serta jamuan sebagai simbol kerjasama strategik dan komitmen berterusan antara agensi dalam usaha melindungi alam sekitar dan keselamatan awam. JAS Negeri Pahang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak IPK Pahang atas jemputan, sokongan serta kerjasama erat dalam menjayakan program ini.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup