Koleksi Gambar / Program Kesedaran

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM YEAR-END WASTE COLLECTION CAMPAIGN 2025 ANJURAN CHINA COMMUNICATION CONSTRUCTION (ECRL) SDN. BHD.

Oleh nuraida.musa · 09/02/2026 · 1 paparan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang dengan kerjasama Communication Construction (ECRL) Sdn. Bhd., Seksyen 7 dan Malaysia Rail Link telah berjaya melaksanakan Program Year-End Waste Collection Campaign 2025 , bertempat di Pejabat Tapak Communication Construction (ECRL) Sdn. Bhd. Seksyen 7, Bentong, Pahang Darul Makmur. Majlis penutup program ini telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang, Y.Brs. En. Zakaria bin Ahmad @ Mohd, AAP, PKT. Program yang berlangsung dari 15 November 2025 hingga 28 Januari 2026 ini melibatkan pengumpulan e-waste, kertas terpakai dan pakaian terpakai, selaras dengan amalan pengurusan sisa secara mampan serta menyokong agenda _Environmental, Social and Governance_ (ESG). Pelaksanaan program ini turut menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals, SDG) khususnya SDG 4, 8, 11, 12, 13, 14, 15 dan 17 melalui usaha meningkatkan kesedaran dan pendidikan alam sekitar, menggalakkan ekonomi hijau, melindungi ekosistem serta memperkukuh kerjasama strategik antara pihak Penganjur dengan JAS Negeri Pahang. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen dan kerjasama yang diberikan. Diharapkan inisiatif seumpama ini dapat diteruskan dan diperluaskan demi memastikan kelestarian alam sekitar serta kesejahteraan generasi masa hadapan.

Penganjur
ECRL
Lokasi
BENTONG
Fail / Media (4)
  • 20260602173618810.jpg .jpg Buka
  • 20260602173635469.jpg .jpg Buka
  • 20260602173650855.jpg .jpg Buka
  • 20260602173706475.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS