Oleh nuraida.musa · 09/02/2026 · 2 paparan
Satu Program Lawatan Pembelajaran ke Stesen Pengawasan Kualiti Air Sungai Automatik di Negeri Pahang telah dilaksanakan oleh JAS Cawangan Cameron Highlands bagi memberikan pendedahan berkaitan program pengawasan kualiti air sungai. Program ini turut melibatkan Pakar Scieno TW Sdn. Bhd. yang menjalankan kerja persampelan dan pemantauan kualiti air sungai. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberikan pendedahan teknikal kepada para pegawai serta pelajar latihan industri berkenaan pelaksanaan pengawasan kualiti air sungai di lapangan. Program ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan dan kefahaman pegawai baharu mengenai aspek teknikal pengawasan kualiti air sungai sebagai persediaan untuk melaksanakan tugas di lapangan kelak.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup