Oleh nuraida.musa · 09/02/2026 · 3 paparan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang telah menganjurkan Lawatan Kerja ke Tapak Projek EIA dan Pencapaian Kerja Tahun 2025 serta Perancangan Kerja Tahun 2026 bertempat di Erya by Suria Hot Spring, Bentong, Pahang. Program ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah JAS Negeri Pahang dan pembentangan pencapaian kerja Tahun 2025 oleh Bahagian Operasi, Bahagian Pembangunan, Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Bahagian ICT serta JAS Cawangan Gebeng, Rompin, Temerloh dan Cameron Highlands. Seterusnya, program diteruskan dengan sesi pembentangan dan perancangan hala tuju kerja Tahun 2026 bagi setiap bahagian dan cawangan. Para peserta turut menghadiri taklimat oleh pihak East Coast Rail Link (ECRL) dan seterusnya menjalani lawatan tapak projek ECRL bagi mendapatkan pendedahan secara langsung berkaitan pelaksanaan dan pematuhan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA). Selain itu, program ini turut merangkumi lawatan kerja ke Ladang Durian TMB (Tanah Makmur Berhad), Raub, Pahang bagi menilai aspek pengurusan alam sekitar, pematuhan syarat kelulusan EIA serta pelaksanaan langkah-langkah mitigasi alam sekitar di tapak projek pertanian berskala besar. Program ini diakhiri dengan sesi soal jawab, perbincangan dan rumusan bertujuan memperkukuh kerjasama, semangat kerja berpasukan dan komitmen warga JAS Negeri Pahang ke arah pengurusan alam sekitar yang mampan dan berintegriti.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup