Oleh nasir.ibrahim · 04/02/2026 · 1 paparan
1 Februari 2026, Johor Bahru - Unit Kenderaan Bermotor (UKB) Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor menyertai Op Bunyi Bising Motosikal yang dijalankan bersama Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan. Operasi yang dijalankan dengan tertumpu kepada motosikal yang telah diubah suai yang berpotensi menyumbang kepada pencemaran udara. Sebanyak 300 buah motosikal telah ditahan dan diuji tahap pelepasan bunyi bising sepanjang operasi ini berlangsung. Sebanyak 16 kompaun dan 21 Notis Arahan telah dikeluarkan kepada pemilik kenderaan yang gagal mematuhi standard pelepasan. Pelaksanaan operasi ini mencerminkan komitmen berterusan JAS Negeri Johor dalam memperkukuh penguatkuasaan undang-undang alam sekitar serta meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan penyelenggaraan kenderaan bagi mengurangkan pencemaran udara. Melalui kerjasama erat antara agensi penguat kuasa, usaha ini diharap dapat memperkukuh pematuhan dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan kualiti udara yang lebih bersih dan sihat.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup