Oleh nasir.ibrahim · 04/02/2026 · 1 paparan
29 JANUARI 2026, PENGERANG - Pasukan Penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar Cawangan Pengerang dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menjalankan rondaan laut di sekitar Perairan Pengerang dan Sungai Johor iaitu dari Pulau Lima, Sungai Rengit Pengerang hingga ke Sungai Johor. Tujuan rondaan ini dijalankan adalah bagi mengesan dan mencegah sebarang pencemaran daripada aktiviti-aktiviti perkapalan terutamanya buangan atau tumpahan minyak selain mengesan punca-punca pencemaran yang tidak diketahui. Pemantauan difokuskan di kawasan berpotensi berlaku pencemaran laut terutama daripada aktiviti perkapalan. Hasil pemantauan yang dijalankan didapati tiada minyak atau buangan ditemui. Pencemaran laut boleh menyebabkan kerosakan habitat hidupan laut, bahkan ianya juga boleh menjejaskan industri berkaitan seperti pelancongan dan perikanan dan seterusnya boleh mewujudkan ketidakselesaan penduduk yang tinggal berdekatan dengan kawasan laut dan pantai. Jabatan ingin mengingatkan semua pihak yang terlibat dengan segala aktiviti-aktiviti perkapalan agar tidak melakukan sebarang pembuangan atau pelepasan sisa minyak ke perairan Malaysia. Semua pihak adalah diminta untuk memastikan tidak melakukan pencemaran dan menjadi mata dan telinga kepada JAS dalam membanteras jenayah alam sekitar.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup