Oleh mansah · 04/02/2026 · 2 paparan
PEMERIKSAAN KENDERAAN PENGANGKUT BUANGAN TERJADUAL OLEH JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (JASWPL) 3 Februari 2026 – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (JASWPL) telah melaksanakan pemeriksaan ke atas kenderaan pengangkut buangan terjadual di sekitar WP Labuan. Sebanyak 10 buah lori telah diperiksa dengan penglibatan empat (4) orang pegawai penguat kuasa JASWPL. Pemeriksaan turut meliputi keadaan peralatan serta papan kenyataan kecemasan yang terdapat pada kenderaan pengangkut, dan didapati mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi pengangkutan buangan terjadual. Pemeriksaan kenderaan ini merupakan salah satu syarat wajib yang perlu dipatuhi oleh kontraktor pengangkut buangan terjadual setiap tahun sebelum kelulusan pembaharuan lesen dapat dipertimbangkan. Sehubungan itu, pihak pengeluar buangan diingatkan agar memastikan hanya pembawa buangan yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar dibenarkan untuk mengangkut buangan terjadual ke premis yang telah ditetapkan. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswplabuan #alamsekitartanggungjawabbersama #jaswplabuan_februari_2026
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup