Koleksi Gambar / Aktiviti,Program Kesedaran,Program Penguatkuasaan,Program Pengawasan

OPERASI PEMERIKSAAN ASAP HITAM KENDERAAN DIESEL OLEH JABATAN ALAM SEKITAR WP LABUAN

Oleh mansah · 04/02/2026 · 0 paparan

OPERASI PEMERIKSAAN ASAP HITAM KENDERAAN DIESEL OLEH JABATAN ALAM SEKITAR WP LABUAN 3 Februari 2026 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) WP Labuan telah menjalankan Operasi Pemeriksaan Asap Hitam di bawah Perturan-Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 ke atas kenderaan berenjin diesel di sekitar WP Labuan. Operasi ini dilaksanakan bagi memastikan pemilik dan pemandu kenderaan sentiasa mengawal kualiti pelepasan asap kenderaan supaya tidak mencemarkan alam sekitar, di samping mematuhi peraturan-peraturan jalan raya yang ditetapkan. Dalam operasi ini, sebanyak 10 buah kenderaan diesel telah diperiksa dan diuji menggunakan alat pengukur asap (smoke meter). Peringatan: JAS WP Labuan ingin mengingatkan semua pemilik dan pemandu kenderaan diesel bahawa pelepasan asap hitam adalah dilarang di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Kegagalan mematuhi peraturan ini boleh menyebabkan tindakan penguatkuasaan diambil termasuk kompaun atau pendakwaan. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswplabuan #alamsekitartanggungjawabbersama #jaswplabuan_februari_2026

Penganjur
JAS WP LABUAN
Lokasi
WP LABUAN
Fail / Media (6)
  • 20260402075458416.jpg .jpg Buka
  • 20260402075503902.jpg .jpg Buka
  • 20260402075509913.jpg .jpg Buka
  • 20260402075515401.jpg .jpg Buka
  • 20260402075521830.jpg .jpg Buka
  • 20260402075531740.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS